Welcome to blog Tentang Pelajaran...sile follow n tiggalkan komen anda di sini!!

Friday 8 April 2011

tentang aku


                                           gambar aku dan  kawankuuuuu....
 

belajarlah.....=D

kawan-kawan,pelajaran itu lebih penting daripada bermain,,kita janganlah mengisi masa lapang dengan  bermain,kita mesti mengisi masa lapang dengan mengulangkaji pelajaran.jika kita bermain janganlah sampai terlupa dengan tugas yang diberikan oleh guru.jika kita belajar bersungguh-sungguh,pasti kejayaan akan mendekati kita.kita mestilah mengingati ilmu yang telah dipelajari daripada guru agar kita tidak lupa.....



                                        sekian terima kasih.....hehe

Friday 1 April 2011

Petua Pelajar Cemerlang dari Dr Fadzilah Kamsah

merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:
  1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
  2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
    1. kita ingat 10 % apayang dibaca
    2. kita ingat 20% apa yang didengar
    3. kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
    4. kita ingat 70% apa yang dicakapkan
    5. kita ingat 90% setelah dipraktikkan
  3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
  4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
    …Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya….
  5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
    1. pastikan cahaya adalah terang
    2. kurangkan gangguan bunyi
    3. tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
    4. tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
    5. kerusi dan meja menghadap kiblat
    6. jangan lupa untuk senyum
  6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
  7. Mengulang kaji menggunakan kaedah ‘output learning’ iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
  8. Tahu teknik merangsang memori:
    1. memasukkan maklumat dalam memori (registration)
    2. menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
    3. mengingat kembali (recall)
    4. menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
  9. Sentiasa awal dan mendahului:
    1. persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
    2. pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
    3. belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
    4. untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
  10. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru..

cara-cara untuk menjadi pelajar cemerlang.

cara untuk menjadi pelajar cemerlang adalah
dengan menumpukan perhatian ketika guru atau
pensyarah sedang mengajar.mengulang kaji
pelajaran.menghormati orang yang lebih tua dari
kita.menanamkan semagat untuk berjaya.,dan yang
paling penting adalah menggigati tuhan yang maha
esa dan maha berkuasa bagi seseorang umat
islam.cubalah kalau anda hendak berjaya.

resepi kejayaan.

Bahan-bahan:
2 cawan daya usaha
1 cawan semangat
1 cawan matlamat
harapan & impian
kesabaran
doa & keimanan
pengorbanan
akhlak yang mulia

Cara membuatnya:
1. Pukul semangat hingga kembang dan kental.
2. Masukkan daya usaha, matlamat, harapan dan impian. Kacau hingga sebati.
3. Campurkan kesabaran sedikit demi sedikit bersama-sama dengan doa dan keimanan.
4. Jangan lupa masukkan pengorbanan dan kacau lagi.
5. Masukkan dalam bekas dan bakar dengan rasa tanggungjawab.
6. Hiasi dengan akhlak yang mulia.

Untuk mendapatkan kejayaan, jauhkan dari sikap merungut, putus asa dan air mata kecewa.
Selamat mencuba.
USAHA TANGGA KEJAYAAN.

pantun nasihat

bintang tujuh sinar berseri,
bulan purnama datang menerpa,
ajaran guru hendaklah dicari,
mana yang dapat janganlah lupa.

pakai baju warna biru,
pergi ke sekolah pukul satu,
murid sentiasa hormatkan guru,
kerana guru pembekal ilmu.

budak-budak bekejar-kejar,
rasa gembira bermain disana,
kalau kita rajin belajar,
tentu kita akan belajar.

ini sajalah,penat nak tulis,huh..= =

pelajaran lebih penting

kita mesti belajar bersungguh-sunguh untuk berjaya dalam kehidupan.jika kita gagal sekali,tidak mungkin kita akan gagal buat selama-lamanya.kita mesti berusaha dengan lebih gigih supaya tidak gagal.kita mesti mencapai cita-cita kita.kite mestilah belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita kita itu!jangan lalai!=D